SAJAK ROTI
SAJAK ROTI
Dari cerobong dapur
Asap berjelaga berkepul
Tercekur liur
Harum berbau juadah tersohor
Perut yang lapar
Selera kian menggelepar
Menanti roti dibakar
Rangup dan segar
Terhidang seumpama permaidani terhampar
Kala roti didepan mata
Nafsu makan pun bergelora
Bekeping-keping menggegar selera
Perut pun kenyang terasa
Tenang bersendawa
Bagi pemilik iman di dada
Sendawa itu tidak sempurna
Masih ada beban di bahu mereka
Warga miskin belum terbela
Masih merintih lapar dahaga
Bila begitu selamanya
Kalimah syukur pun jelas tertera
Di hati sanubari warga dunia
Melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.
TEMA
Orang yang beriman ketika kenyang tidak melupakan golongan miskin.
Dengan adanya golongan yang berada dan beriman maka nasib golongan miskin akan terbela.
PERSOALAN
a)apabila roti di bakar,baunya membangkitkan selera.
b)ketika lapar manusia tidak dapat menahan nafsu makan.
c)apabila manusia makan makanan yang sedap,manusia akan makan sehingga kenyang dan bersendawa
d)orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika mereka berasa kenyang
e)bersyukur apabila mendapat sesuatu merupakan tanda keimanan.
BENTUK
a)sajak ini terdiri daripada lima rangkap
b)bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.Contohnya,
*rangkap1:empat baris;
*rangkap2:lima baris;
*rangkap3:lima baris;
*rangkap4:lima baris;
*rangkap5:lima baris;
c)panjang pendek barisnya tidak sama,iaitu antara dua hingga enam patah kata.Contohnya,
-terkecur liur (2patah kata)
-masih ada beban di bahu mereka (6patah kata)
d)jumlah suku kata dalam sajak ini antara lima hingga empat belas suku kata.Contohnya,
-perut yang lapar
-terhidang seumpama permaidani terhampar
e)sajak ini berbentuk bebas
GAYA BAHASA
a)hiperbola.Contohnya,nafsu makan pun bergelora; melangit damai dirasa
b)inversi.contohnya,harum berbau juadah tersohor;masih ada beban di bahu mereka
c)metafora.contohnya,percikan iman
d)personifikasi.contoh,selera kian menggelepar;berkeping-keping menggegar selera.
e)simile.contohnya,terhidang seumpama permaidani terhampar
PENGAJARAN
a)kita hendaklah bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu.
b)kite hendaklah memikirkan orang lain agar orang lain turut mendapat rezeki
c)kita hendaklah ingat akan keadaan orang lain yang kurang bernasib baik.
d)kita hendaklah melatih diri agar menjadi orang yang beriman.
e)sebagai manusia,kita mestilah bersyukur dengan nikmat kurnian tuhan.
Srs berguna
ReplyDelete